X

Kindly register in order to view this article
!

Mane perlu ketepikan Liverpool demi Ballon d'Or!

Sadio Mane
A
A

PEMAIN sayap sensasi Liverpool, Sadio Mane dinasihatkan supaya meninggalkan The Reds dan menyertai pasukan gergasi dunia lain sekiranya mahu memenangi anugerah Ballon d'Or.

Bekas pemain Senegal, Diomansy Kamara berkata, Liverpool tidak mampu untuk membantu Mane merangkul anugerah tersebut walaupun pemain berusia 28 tahun itu telah menunjukkan prestasi luar biasa dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

"Mane perlu meneruskan prestasinya seperti sekarang kerana dia hanya beberapa langkah untuk memenangi Ballon d'or dan bagi saya dia memang layak.

"Dalam situasi sekarang mungkin dia perlu berpindah kelab sebab Liverpool tidak mampu memaksimumkan kekuatan Mane dan orang lebih memilih Virgil van Dijk. Secara jujurnya Mane setara dengan van Dijk," katanya.

Mane yang dibeli oleh Liverpool dari Southampton pada 2016 menjadi watak penting membawa The Reds memenangi trofi Liga Juara-Juara tahun lalu selain turut memenangi Piala Super UEFA dan juara Piala Dunia kelab pada Disember tahun lalu

Dia juga muncul penjaring terbanyak saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) tahun lalu dengan berkongsi anugerah tersebut bersama rakan sepasukan Mohamed Salah dan penyerang Arsenal Pierre-Emerick Aubameyang.

Walaupun menunjukkan prestasi cemerlang, kelibat Mane seakan-akan tidak diberikan tumpuan dengan pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk lebih diberikan kredit sebagai pemain yang menjadi tulang belakang pasukan yang berpengkalan di Anfield itu.

Malah, van Dijk turut merangkul anugerah pemain terbaik UEFA dan berada di kedudukan kedua dalam senarai anugerah Ballon d'Or di belakang bintang Barcelona, Lionel Messi.

Bagaimanapun, Kamara tidak mahu Mane patah semangat dan yakin anugerah tersebut masih boleh digapainya sebelum karier pemain kebangsaan Senegal itu tamat.

Untuk rekod, Mane telah menjaringkan 18 gol dan 12 bantuan gol dalam aksi semua kejohanan musim ini selain menjadi antara watak penting pasukan untuk menamatkan penantian 30 tahun menjulang trofi EPL.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!