'Rakyat Pahang jangan panik, teruskan duduk di rumah'

Semalam, KKM memaklumkan dua daerah di Pahang iaitu Kuantan dan Jerantut dikategorikan Zon Merah dengan masing-masing merekodkan 61dan 43 kes positif Covid-19.
Semalam, KKM memaklumkan dua daerah di Pahang iaitu Kuantan dan Jerantut dikategorikan Zon Merah dengan masing-masing merekodkan 61dan 43 kes positif Covid-19.
A
A
A

KUANTAN- Rakyat Pahang dinasihatkan tidak panik sebaliknya kekal tenang dalam menghadapi dugaan penularan wabak koronavirus (Covid-19) ketika ini.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pada masa sama semua rakyat perlu mematuhi arahan-arahan yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan pihak berkuasa lain dalam membendung penularan wabak tersebut.

"Teruskan untuk tinggal di rumah dan mengamalkan penjarakkan sosial, menjaga kebersihan diri dan elakkan daripada melakukan aktiviti yang boleh menyebabkan anda dijangkiti virus tersebut," katanya.

Di samping itu beliau mahu rakyat mendapatkan maklumat sahih daripada sumber rasmi KKM (laman sesawang dan media sosial rasmi), televisyen dan radio berhubung perkembangan kes mengenai Covid-19.

"Jangan sebarkan berita tidak sahih," tegasnya.

Selain itu, Wan Rosdy mahu semua pihak berusaha dan berdoa supaya pandemik tersebut tidak terus menular di Malaysia, khususnya di Pahang.

Semalam, KKM memaklumkan dua daerah di Pahang iaitu Kuantan dan Jerantut dikategorikan Zon Merah dengan masing-masing merekodkan 61dan 43 kes positif Covid-19.

Setakat ini sebanyak 169 kes direkodkan di Pahang.

Artikel Berkaitan: