Dana khas perlu disediakan untuk petugas media

Prabakaran
Prabakaran
A
A
A

KUALA LUMPUR – Dana khas perlu disediakan untuk media yang bertugas di lapangan dan membuat liputan berita mengenai wabak koronavirus (Covid-19).

Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran berkata, Menteri Komunikasi dan Multimedia juga perlu memastikan kebajikan dan keselamatan wartawan, kakitangan media terjamin.

Menurutnya, kerajaan juga perlu memastikan agensi berita juga tidak ‘runtuh’ pada saat kritikal ketika ini.

“Wartawan juga adalah petugas barisan hadapan yang memainkan peranan penting dalam menyediakan maklumat tepat kepada orang ramai semasa pandemik Covid-19.

"Media berperanan dalam menyangkal berita palsu yang berleluasa di media sosial. Mereka berada di luar sana untuk mencari berita, statistik dan melaporkan keadaan semasa,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Prabakaran berkata, walaupun kebanyakan petugas organisasi media kini bekerja dari rumah, namun wartawan, jurugambar dan juruvideo perlu keluar membuat liputan berita.

“Kerajaan dan Menteri Komunikasi dan Multimedia perlu melihat kesungguhan dan keselamatan mereka.

“Adalah baik kebajikan mereka dijaga oleh kerajaan daripada bergantung kepada organisasi yang diwakili,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, beliau berkata, perniagaan di seluruh dunia menerima kesan akibat krisis ketika ini sama seperti organisasi media.

“Ketika ini tidak ramai pengiklan yang mengambil risiko mempromosi perniagaan mereka menyebabkan organisasi media berdepan kekurangan dana,” katanya.