Bernie Sanders lupakan hasrat tanding Pilihan Raya Presiden AS

Bernie Sanders
Bernie Sanders
A
A
A

WASHINGTON - Senator Bernie Sanders menamatkan kempen untuk bertanding dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) 2020 sekali gus memberi laluan kepada Naib Presiden, Joe Biden untuk menjadi calon mewakili Parti Demokrat menentang Presiden Donald Trump.

Semalam, Sanders, 78, memaklumkan beliau membuat keputusan itu kerana sukar mendapat undi mencukupi untuk memenangi pencalonan parti tersebut.

Biden yang membuat kemunculan semula telah meraih kemenangan di negeri besar termasuk Texas, North Carolina, Florida, Arizona dan Illinois.

Sanders bagaimanapun gagal mendapatkan sokongan pengundi kulit hitam di negeri selatan AS untuk usaha keduanya menduduki Rumah Putih.

Sejak beberapa minggu lalu, Senator dari Vermont tersebut dilaporkan terpaksa melancarkan kempen secara live-streaming atas kebimbangan penularan koronavirus (Covid-19) yang memberi risiko kepada kesihatannya.

Pada 2016, Sanders pernah gagal untuk pencalonan Demokrat selepas beliau tewas kepada bekas Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton. - Agensi

Artikel Berkaitan: