Teguk air mineral pun nikmat macam teh ais!

Kiriman Dr Wanie di Twitter.
Kiriman Dr Wanie di Twitter.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sehingga kini, usaha Malaysia dalam memutuskan rantaian wabak koronavirus (Covid-19) dilihat semakin membuahkan hasil apabila bilangan pesakit yang sembuh semakin meningkat dari semasa ke semasa.

Usaha itu tidak akan dapat dicapai tanpa adanya sumbangan keringat daripada barisan hadapan negara yang bertungkus-lumus bekerja lebih masa demi menyelamatkan rakyat Malaysia daripada wabak tersebut.

Di media sosial, ramai barisan hadapan kelihatan keletihan dan kepanasan memakai peralatan perlindungan diri (PPE) dan ada juga di antara mereka tidak sempat menjamah makanan.

Salah seorangnya, Dr Wanie Wahab telah menarik perhatian netizen selepas memuat naik sekeping gambar di laman sosial Twitter miliknya.

Gambar tersebut memaparkan beliau dan beberapa rakan setugas lain sedang berehat seketika sebelum meneruskan tugas mereka.

Dr Wani berkata, nikmat menghilangkan dahaga ibarat seperti meminum teh ais meskipun hanya meneguk air mineral biasa selepas membuka PPE.

“Bila dah buka 'baju angkasawan' tu dan dah lepak tersandar macam tu, teguk air mineral pun rasa nikmat macam minum teh ais ye kawan-kawan,” tulisnya di Twitter.

Hantaran berkenaan mendapat 2,800 ciapan dan 8,200 tanda suka.

Artikel Berkaitan:

Rata-rata warganet meninggalkan komen memberikan semangat dan berterima kasih kepada mereka yang juga pejuang barisan hadapan.

“Terima kasih doktor,” komen pengguna Twitter bernama Fara Fauzana.

“Ya ALLAH lindungilah mereka,” doa pengguna Twitter bernama Arrief.

Link Twitter: https://twitter.com/wanie_dagreat/status/1247512359096049667