Kes Covid-19 Mexico, lapan kali lebih tinggi dari anggaran rasmi

Timbalan Menteri Kesihatan Mexico, Hugo Lopez-Gatell - Foto Sumber Internet
Timbalan Menteri Kesihatan Mexico, Hugo Lopez-Gatell - Foto Sumber Internet
A
A
A

MEXICO - Jumlah kes koronavirus (Covid-19) di Mexico mungkin lapan kali lebih tinggi berbanding anggaran rasmi, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Hugo Lopez-Gatell semalam, lapor agensi berita Sputnik.

Lopez-Gatell pada sidang akhbar berkata, Mexico mempunyai 3,181 kes disahkan daripada kira-kira 17,000 ujian dijalankan dengan 174 kematian.

Menggunakan kaedah pengiraan epidemiologi dikenali sebagai pengawasan sentri, beliau menganggarkan mungkin terdapat lebih 26,500 kes di negara ini.

"Dari apa yang anda dapat lihat, wabak itu lapan kali lebih besar," kata Lopez-Gatell.

Wabak Covid-19 muncul di Mexico lewat berbanding di Eropah dan Amerika Syarikat, tetapi pada April ia menyaksikan jumlah kes berlipat ganda. -Bernama

Artikel Berkaitan: