Pelajar perubatan didakwa jadi bapa ayam

Tertuduh, Mohd Luqman, 29, mengaku tidak bersalah atas tuduhan menjadi bapa ayam ketika di hadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu hari ini.
Tertuduh, Mohd Luqman, 29, mengaku tidak bersalah atas tuduhan menjadi bapa ayam ketika di hadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu hari ini.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang pelajar perubatan tahun akhir di sebuah universiti awam di sini, dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu hari ini kerana didakwa menjadi bapa ayam atau muncikari.

Tertuduh yang juga seorang doktor pelatih, Mohd Luqman Zulkepli, 29, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 28 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana muncikari.

Mengikut pertuduhan, Mohd Luqman melakukan muncikari atau menjadi orang tengah terhadap perlakuan sumbang antara seorang perempuan dan lelaki.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu antara jam 2.43 pagi hingga 6.05 petang antara 27 hingga 28 Ogos 2018 di sebuah hotel di bandar raya ini.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 24 Februari depan sebagai sebutan semula kes.

Pendakwaan kes dikendalikan Pendakwa Syarie Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, Mohd Khasmizan Abdullah dihadapan Hakim Syarie, Kamalruazmi Ismail manakala tertuduh diwakili peguam Fazru Anuar Yusof dan Mohd Sofian Arifin.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, dua bapa ayam warga tempatan mengenakan caj antara RM250 hingga RM600 untuk ‘menjual’ perkhidmatan tiga pelacur di bawahnya menggunakan aplikasi We Chat yang menjadikan dua hotel ternama di bandar raya ini sebagai lokasi operasinya.

Bagaimanapun, semua mereka ditahan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dalam dua serbuan berasingan di dua hotel berkenaan pada Ogos lalu.

Artikel Berkaitan: