Penghuni Selangor Mansion, Malayan Mansion dapat makanan percuma

Sebahagian penghuni Selangor Mansion menunggu sumbangan makanan susulan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan itu. - Foto Bernama
Sebahagian penghuni Selangor Mansion menunggu sumbangan makanan susulan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan itu. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Wilayah Persekutuan akan membekalkan makan tengah hari dan malam secara percuma kepada 1,850 penghuni Selangor Mansion dan Malayan Mansion, Jalan Masjid India di sini yang diletak di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, berdasarkan siasatan dan bancian penduduk ke atas kedua-dua apartmen tersebut oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mendapati kebanyakan unit rumah yang majoritinya dihuni oleh warga asing tidak mempunyai dapur.

"Siasatan mendapati ramai penghuni tidak memasak, ruang dapur digunakan sebagai tempat tinggal dan kebanyakannya bergantung kepada makanan yang dibeli dari luar.

"Kebanyakan penghuninya ialah warga Bangladesh, Pakistan dan India. Meskipun mereka bukan warganegara, namun isu soal makanan itu perlu diselesaikan dan kita tidak mahu melihat mereka kesusahan," katanya ketika siaran langsung Facebook hari ini. - Bernama

Artikel Berkaitan: