Korea Selatan buat ujian bertulis di stadium bola sepak

Gambar daripada Yonhap di portal Ladbible.
Gambar daripada Yonhap di portal Ladbible.
A
A
A

SEOUL - Rakyat Korea Selatan yang sedang mencari pekerjaan perlu menduduki ujian bertulis di stadium bola sepak bagi mengelakkan penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Menerusi laporan portal Ladbible baru-baru ini, pemohon perlu mengambil ujian tersebut pada hari Sabtu lalu di Ansan, selatan Seoul dan sentiasa diperhatikan agar mematuhi penjarakkan sosial.

Bercakap kepada BBC, ketua Yayasan Perubatan Makmal, Profesor Gye Cheol Kwon berkata, mereka mempelajari risiko jangkitan baharu dan kesannya daripada pengalaman Sindrom Pernafasan Timur Tengah (MERS) pada tahun 2015.

“Meja turut dijarakkan antara satu sama lain dan diletakkan agak jauh antara satu sama lain di atas sebuah padang bola sepak dan mereka sentiasa dipantau," katanya.

Artikel Berkaitan: