Agong kahwini wanita Rusia?

Foto yang tular di media sosial
Foto yang tular di media sosial
A
A
A
KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, dilaporkan berkahwin dengan ratu cantik Moscow yang dikenali sebagai Oksana Voevodina di Rusia, semalam.

Menurut laporan www.islamnews.ru., majlis perkahwinan yang diadakan di Dewan Barvikha di Moscow, itu diadakan gilang-gemilang berkonsepkan tradisi Melayu dan Rusia.

Dalam majlis itu, Sultan Muhammad mengenakan serba lengkap persalinan baju Melayu sementara Voevodina mengenakan sepersalinan gaun pengantin berwarna biru muda.

Tetamu yang hadir dijamu pelbagai hidangan istimewa tanpa minuman beralkohol.

Sejak semalam, beberapa keping gambar dan video majlis tersebut tersebar di aplikasi WhatsApp.
Artikel Berkaitan:


Sementara itu, memetik laporan NST, sehingga pagi ini, Istana Negara masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung majlis tersebut.