X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 22 Oktober 2021

Sebuah lagi asrama pekerja diwarta kawasan pengasingan di Singapura

Salah sebuah asrama pekerja asing yang terdapat di Singapura. - Foto Reuters
A
A

SINGAPURA - Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) mewartakan sebuah lagi asrama pekerja asing sebagai kawasan pengasingan menjadikan jumlah keseluruhan adalah empat.

Menurut notis dalam Warta Kerajaan, MOH menyatakan bahawa asrama pekerja asing yang dikenali sebagai Sungei Tengah Lodge diisytiharkan sebagai kawasan pengasingan bagi mengelakkan berlakunya penyebaran atau kemungkinan menyebabkan penularan koronavirus (Covid-19).

Notis berkenaan dipaparkan dalam laman sesawang Warta Kerajaan pada 8 April, jam 11.45 malam.

Terdapat dua blok di Sungai Tengah Lodge iaitu 506 dan 513 yang diletakkan di bawah pengasingan.

Sungei Tengah Lodge adalah asrama pekerja terbesar di Singapura dengan 10 blok kediaman 13 tingkat, yang boleh menempatkan 25,000 pekerja.

Sehingga 12 tengah hari semalam, tambahan 11 lagi kes berkaitan kluster Sungei Tengah Lodge dilaporkan, menjadikan keseluruhan 29 kes.

Tiga lagi kawasan pengasingan adalah S11 Dormitory @ Punggol, Westlite Toh Guan Dormitory dan Toh Guan Dormitory dengan jumlah kes positif 179.

Selain empat kawasan pengasingan berkenaan terdapat lima lagi asrama pekerja yang telah dikenal pasti sebagai kluster.

Singapura mempunyai keseluruhan 43 asrama pekerja yang mampu menempatkan kira-kira 200,000 pekerja asing.

Sementara itu, mengenai tiga kawasan pengasingan, Kementerian Tenaga Manusia republik itu berkata, keadaan di kawasan itu terus bertambah baik dengan Pasukan Petugas Antara Agensi yang memperkemaskan rutin waktu makan dan meningkatkan tahap kebersihan. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!