Perlumbaan F1 2020 mungkin diadakan tanpa penonton

Perlumbaan F1 musim 2020 mungkin diadakan secara tertutup susulan penularan wabak Covid-19. - Foto 123RF
Perlumbaan F1 musim 2020 mungkin diadakan secara tertutup susulan penularan wabak Covid-19. - Foto 123RF
A
A
A

PERLUMBAAN Formula Satu (F1) musim 2020 mungkin diadakan secara tertutup susulan penularan wabak koronavirus (Covid-19), kata Pengarah Urusan motorsport F1, Ross Brawn, lapor agensi berita Xinhua.

F1 sebelum ini memutuskan menangguhkan lapan perlumbaan musim ini manakala Grand Prix Monaco dibatalkan.

"Perjalanan untuk pasukan dan semua yang terlibat menjadi isu besar. Anda boleh berhujah sebaik kami sampai, kita boleh menjaga diri sendiri. Kami berpendapat ia mungkin boleh dimulakan di Eropah dan diadakan secara tertutup.

"Kita akan berlumba tanpa penonton. Ia bukan satu yang menarik, tetapi ia lebih baik daripada tiada perlumbaan," kata Brawn kepada Sky Sports. - Bernama

Artikel Berkaitan: