Covid-19: AS rekod 1,965 kematian dalam tempoh 24 jam

Angka korban di AS akibat Covid-19 meningkat kepada 14,768 orang setakat ini. - Foto AFP
Angka korban di AS akibat Covid-19 meningkat kepada 14,768 orang setakat ini. - Foto AFP
A
A
A

WASHINGTON - Angka korban akibat koronavirus (Covid-19) di Amerika Syarikat (AS) dalam tempoh 24 jam lalu meningkat sebanyak 1,965 orang, jumlah kematian terburuk sejak wabak mula menular, lapor agensi berita Sputnik memetik Johns Hopkins University.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan korban setakat ini mencecah 14,768 orang.

Bilangan kes pula 431,838 dengan lebih 23,000 pesakit pulih.

Pada 11 Mac lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengisytiharkan wabak Covid-19 sebagai pandemik.

Sehingga kini, lebih 1.5 juta orang dijangkiti di seluruh dunia, dengan lebih 88,000 kematian. - Bernama

Artikel Berkaitan: