Isu Dewi Remaja dalam siasatan, tindakan akan diambil

A
A

SELEPAS tersebarnya video yang memperlihatkan beberapa orang peserta Dewi Remaja 2018/2019 di sebuah kelab, ramai antara pengikut pertandingan ini yang meluahkan pendapat masing-masing di laman sosial.

Oleh itu, pemilik jenama Dewi Remaja, Nu Ideaktiv telah bertindak pantas dengan mengeluarkan kenyataan awal berhubung perlakuan di dalam video tersebut.

"Selaku pemilik jenama Dewi Remaja, Nu Ideaktiv memandang serius terhadap video yang didakwa melibatkan peserta-peserta Dewi Remaja 2018/2019.

"Perkara ini dalam siasatan kami dan tindakan yang sewajarnya akan diambil," tulis di Instagram.

Pada Isnin lalu, tersebar video yang didakwa melibatkan tiga orang peserta Dewi Remaja di sebuah kelab dengan minuman keras.