X

Kindly register in order to view this article
!

[VIDEO] Pilu dengar tangisan pekerja di pusat beli belah

Paparan video para pekerja pusat beli belah berpelukan selepas tempat itu ditutup alami kerugian.
A
A

JAKARTA - Sebuah pusat beli-belah di sini diselubungi kepiluan apabila sekumpulan pekerja wanita menangis teresak-esak berikutan dipercayai tempat yang menjadi punca rezeki mereka selama ini terpaksa ditutup akibat wabak koronavirus (Covid-19).

Sebelum ini, Menteri Tenaga Kerja, Ida Fauziyah mendedahkan, jumlah pekerja yang dibuang kerana wabak covid-19 adalah 130,456 orang termasuk pekerja di Ramayana, lapor Tribun News.

Satu rakaman video dimuat naik di Instagram @undercover.id, menunjukkan beberapa pegawai dan pekerja berpelukan sambil menangis kerana terpaksa berhenti kerja berikutan operasi pusat beli belah itu ditutup kerana mengalami kerugian.

Menurut rekod Jabatan Buruh Kota, Ramayana menjadi syarikat pertama mengalami gelombang itu.

Bukan sahaja pegawai tetapi beberapa pekerja dari kedai-kedai yang berada di pusat beli belah itu menerima kesan sama.

Sebaik sahaja mengetahui mereka terpaksa berpisah, semua menangis dan berpelukan antara satu sama lain.

Wakil pusat beli belah memberitahu, penutupan dilakukan sehingga keadaan negara semakin pulih dan bebas Covid-19.

"Kita tutup satu bulan hingga dua bulan kerana mengalami kerugian. Keputusan ini sukar dibuat namun pihak pengurusan telah membuat keputusan sebaiknya," kata Nukmal Amdar, pengurus syarikat tersebut.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus