PKP: Kejohanan MyEsport 2020 isi masa terluang belia

Belia di negeri ini diminta tidak melepaskan peluang menyertai Kejohanan MyEsport 2020. Gambar kecil: Husyin
Belia di negeri ini diminta tidak melepaskan peluang menyertai Kejohanan MyEsport 2020. Gambar kecil: Husyin
A
A
A

TEMERLOH - Persatuan Sukan Elektronik Negeri Pahang (E-Sports Pahang) menyifatkan penganjuran Kejohanan MyEsport (MyStay@HomeChallenge) 2020 adalah salah satu platform terbaik untuk belia memanfaatkan masa mereka sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Presidennya, Husyin Abd Murat berkata, penganjuran kejohanan itu seharusnya dipuji dan dimanfaatkan sebaik mungkin oleh belia di negara ini.

Menurutnya, Persatuan Sukan Elektronik Malaysia (ESM) dan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) mengambil langkah proaktif dalam menganjurkan kejohanan tersebut.

"Kita menyeru kepada seluruh belia di negeri ini supaya merebut peluang disediakan.

"Ini juga merupakan salah satu cara bagi menggalakkan belia mengisi masa lapang dengan perkara berfaedah sepanjang PKP," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Husyin berkata, pihaknya juga menghargai usaha dan sokongan diberikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican terhadap kejohanan terbabit.

Kejohanan yang disertai seluruh negeri bermula 9 hingga 14 April ini dan antara permainan yang akan diadakan adalah Mobile Legend Bang Bang (MLBB) dan Player Unknowns Battleground Mobile (PUBG Mobile) yang akan dipertandingkan secara berkumpulan.

Artikel Berkaitan: