Covid-19: 7,000 nasihat bertulis dikeluarkan di Singapura

Lebih 2,000 Duta Jarak Selamat dan Bersih SG, dan Pegawai Penguat kuasa (EO) ditempatkan di kawasan Perumahan dan Lembaga Pembangunan (HDB) di seluruh republik itu bagi memastikan pematuhan langkah jarak selamat.
Lebih 2,000 Duta Jarak Selamat dan Bersih SG, dan Pegawai Penguat kuasa (EO) ditempatkan di kawasan Perumahan dan Lembaga Pembangunan (HDB) di seluruh republik itu bagi memastikan pematuhan langkah jarak selamat.
A
A
A
SINGAPURA - Lebih 7,000 nasihat bertulis dikeluarkan kepada orang awam yang melanggari arahan menjaga jarak yang selamat terutama di pusat penjaja dan pasar.

Kementerian Alam Sekitar dan Sumber Air Singapura berkata, langkah menjaga jarak selamat juga disebut sebagai pemutus rantaian yang diumumkan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong pada 3 April lalu itu dilancarkan semalam untuk tempoh sebulan bertujuan membendung penularan koronavirus (Covid-19).

Kementerian berkenaan memaklumkan bahawa langkah itu termasuk nasihat bertulis yang diberikan kepada orang awam di tempat sesak di pasar bagi mengingatkan mereka menjaga jarak yang selamat apabila beratur atau membuat pembayaran dengan berdiri dalam garis penanda di lantai.

“Nasihat juga dikeluarkan kepada pemilik kedai yang menjual minuman untuk dinikmati di pusat penjaja,” katanya dalam laman sesawangnya.

Menurut kementerian itu, lebih 2,000 Duta Jarak Selamat dan Bersih SG, dan Pegawai Penguatkuasa (EO) ditempatkan di kawasan Perumahan dan Lembaga Pembangunan (HDB) di seluruh republik ini bagi memastikan pematuhan langkah jarak selamat.
Artikel Berkaitan:


Duta dan EO ditugaskan oleh kementerian itu bersama-sama dengan agensi berkenaan di tempat-tempat seperti pusat bandar, pusat penjaja, kedai kopi, pusat pengangkutan awam, taman dan kelab atau pusat komuniti.

Di bawah Rang Undang-undang Langkah Sementara Covid-19 yang diluluskan di Parlimen semalam, pesalah kali pertama akan menghadapi hukuman denda sehingga S$10,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-dua sekali jika didapati bersalah.

Bagi kesalahan kedua atau berikutnya, mereka boleh menghadapi denda sehingga S$20,000 atau penjara sehingga 12 bulan atau kedua-duanya sekali jika didapati bersalah. - Bernama