MPS 'sapu' bersih barangan penjaja haram pasar borong Selayang

Lokasi penjaja yang dibersihkan MPS dalam operasi hari ini.
Lokasi penjaja yang dibersihkan MPS dalam operasi hari ini.
A
A
A

SELAYANG - [DIKEMASKINI] Majlis Perbandaran Selayang (MPS) bertindak tegas melakukan operasi pembersihan kawasan dengan menyita barangan ditinggalkan penjaja warga asing di sekitar Pasar Borong Selayang hari ini.

Pengarah Penguatkuasanya, Norhayati Ahmad yang mengetuai operasi itu berkata, ia melibatkan 80 anggota dan dibantu polis dalam operasi bermula jam 10 pagi tadi.

Timbalan Yang Dipertua MPS, Datuk Juhari Ahmad berkata, sebanyak sembilan jentera digunakan untuk mengangkut 92 jenis barangan yang dikenakan tindakan itu.

"Sejak arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikeluarkan, kebanyakan penjaja haram warga asing telah meninggalkan barangan perniagaan mereka di sini sehingga menyebabkan kawasan menjadi kotor.

"MPS mengambil peluang ini untuk membuat sitaan dan pembersihan secara menyeluruh hari ini. Kemudian, penghadang batu konkrit diletakkan untuk memastikan tiada lagi penjaja haram di kawasan ini selepas tamat PKP," katanya yang mengetuai operasi itu hari ini.

Norhayati (kanan) berbincang dengan pegawai polis tentang lokasi yang perlu diberi perhatian untuk tindakan penguatkuasaan.
Norhayati (kanan) berbincang dengan pegawai polis tentang lokasi yang perlu diberi perhatian untuk tindakan penguatkuasaan.

Menurutnya, seramai 90 anggota MPS bersama polis dan wakil Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terlibat dalam operasi bermula jam 9 pagi itu.

Artikel Berkaitan:

"Operasi ini adalah kali keempat diadakan dalam tempoh PKP. Sebelum ini tindakan kompaun dan sitaan dikenakan ke atas peniaga yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa permit.

"MPS ingin memberikan amaran kepada penjaja haram supaya tidak lagi menjalankan perniagaan di sini. Operasi bersepadu akan dijalankan secara konsisten selepas ini bagi membendung aktiviti itu terutama melibatkan warga asing," katanya.

Dalam tempoh PKP, beberapa jalan utama ke pasar borong Selayang turut ditutup kepada semua kenderaan sebagai langkah memperketat kawalan PKP.

Penggunaan jentera MPS dalam operasi pembersihan hari ini.
Penggunaan jentera MPS dalam operasi pembersihan hari ini.