TNB terangi pos kawalan PKP

Kakitangan teknikal TNB membuat penyambungan bekalan elektrik ke pos kawalan sementara anggota polis dan tentera untuk tujuan pencahayaan di Felda Taib Andak, Kulai bagi kemudahan penguat kuasa bertugas pada waktu malam.

A
A
A

SHAH ALAM – Tenaga Nasional Berhad (TNB) membantu melancarkan operasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan mencahayakan pos-pos kawalan sementara di seluruh negara.

Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB, Datuk Ir Baharin Din berkata, penyambungan bekalan elektrik dan penyediaan lampu di lokasi-lokasi terlibat adalah sumbangan kecil TNB kepada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai barisan hadapan memerangi wabak koronavirus (Covid-19).

“Diharap inisiatif ini dapat memberi sedikit keselesaan dan meningkatkan tahap keselamatan anggota PDRM dan ATM yang bertugas pada waktu malam sehingga pagi.

"Usaha mengenal pasti lokasi lain juga sedang dilakukan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pasukan teknikal TNB sedang membuat penyambungan bekalan elektrik ke pos kawalan sementara untuk kemudahan anggota polis tentera di Jalan Padang Keladi Ayer Keroh, Melaka baru-baru ini.
Pasukan teknikal TNB sedang membuat penyambungan bekalan elektrik ke pos kawalan sementara untuk kemudahan anggota polis tentera di Jalan Padang Keladi Ayer Keroh, Melaka baru-baru ini.

Menurutnya, bekalan elektrik ke khemah dan pos kawalan disambungkan dari talian sedia ada yang terdekat manakala lampu jalan tambahan dipasang menerusi tiang-tiang elektrik milik TNB sedia bersesuaian.

Setakat ini, lebih 120 lokasi pos kawalan sudah menikmati kemudahan ini termasuk Bentong dan Temerloh di Pahang serta Kulai, Pontian, Simpang Renggam dan Kluang di Johor.

“Lokasi pos-pos kawalan sementara lain yang diberikan kemudahan pencahayaan ialah Seremban dan Kuala Pilah, Negeri Sembilan; Kota Bharu, Kelantan; Merlimau dan Jasin, Melaka; Kuala Kangsar, Perak dan Kuala Lumpur,” katanya.

Artikel Berkaitan: