X

Kindly register in order to view this article
!

Isyariana luang masa belajar baiki tajwid

Isyariana menluangkan masa sepanjang PKP dengan memperbaiki tajwid. Foto: Instagram Isyariana
A
A

PELAKON baru meningkat naik, Isyariana Che Azmi kekal positif berada di rumah ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedang dilaksanakan.

Bekas peserta Akademi Fantasia (AF) 2016 itu berkata, dia banyak meluangkan masa dengan membaca al-Quran bagi memperbaiki tajwid serta bacaannya agar lebih baik.

Perkara itu dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.

Heroin drama Tolong Sempurnakan Cerita Mami ini berkata, apa yang dilakukannya menjadi suntikan semangat kepada netizen untuk sama-sama mendalami al-Quran.

“Bila baca sorang-sorang kemain laju, kalah kereta api. Bila fokus pada tajwid, Masya-ALLAH baru tahu langit tu tinggi atau rendah.

“Semoga ALLAH terangkan hati kita nak faham dan telan tajwid ni,” katanya.

Tambah Isyariana, bukan niat hendak menunjuk sebaliknya dia hanya berkongsi cara mudah untuk mempelajari al-Quran.

“@alfaqeh_homequran mudah sangat nak belajar mengaji sekarang. Nak belajar mengaji sekarang ini mudah, video call jer.

“Sementara Corona ni nak kongsi dengan awak semua, kalau nak belajar jugak. Bukan menunjuk ya, nak kongsi jalan mudah. Sepatutnya ustazah atau ustaz boleh datang rumah korang tapi sejak MCO ni, kita video call jer,” katanya.

Dalam pada itu, dia turut berdoa agar wabak Covid-19 ini akan berakhir.

“Ya ALLAH, tolonglah hapuskan Covid-19,” katanya.

Perkongsian bintang baru itu ternyata mendapat komen positif daripada netizen.

“Alhamdulillah, sama-sama kita perbaiki bacaan kita,” komen Mummyareschana.

Bagi Zatil.yumni pula, “Respek, sebab tak semua mahu belajar mengaji atas alasan mau dan segan,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!