Covid-19: Thailand catat 38 kes baharu, satu lagi kematian

Thailand menguatkuasakan perintah berkurung mulai 10 malam hingga 4 pagi pada 5 April bagi mengekang penularan pandemik Covid-19 di negara tersebut. Foto: Xinhua
Thailand menguatkuasakan perintah berkurung mulai 10 malam hingga 4 pagi pada 5 April bagi mengekang penularan pandemik Covid-19 di negara tersebut. Foto: Xinhua
A
A
A

BANGKOK - Thailand hari ini mencatatkan 38 kes baharu Covid-19 dan satu kematian, peningkatan harian terendah sejak negara itu menguatkuasakan perintah berkurung enam jam pada waktu malam di seluruh negara sejak Jumaat lepas.

Angka berkenaan menjadikan Thailand mencatatkan 2,258 kes Covid-19 dan 27 kematian. Sejumlah 824 pesakit pula telah pulih dan dibenarkan pulang ke rumah.

Kematian terbaru di negara itu melibatkan seorang lelaki tempatan berumur 54 tahun yang sebelum itu berkunjung ke tempat hiburan.

Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) Thaweesilp Wissanuyothin berkata, Bangkok mencatatkan kes Covid-19 tertinggi iaitu sebanyak 1,201 kes manakala Phuket berjumlah 138 kes, Nonthaburi (134) dan Samut Prahan (99).

“Daripada 2,258 kes Covid-19 yang dilaporkan di negara ini, 525 adalah warga Thailand yang pulang dari luar negara termasuk Indonesia, Malaysia, Eropah, Pakistan serta Amerika Syarikat dan disahkan positif Covid-19 dua minggu lepas,” katanya pada taklimat harian di sini hari ini.

Susulan peningkatan mendadak kes import di negara berkenaan, semalam Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Thailand (CAAT) mengumumkan lanjutan larangan penerbangan penumpang antarabangsa ke negara tersebut sehingga 18 April bagi mengekang pandemik Covid-19.

Larangan tersebut dikuatkuasakan Sabtu lepas sehingga tengah malam Isnin.

Thailand menguatkuasakan perintah berkurung mulai 10 malam hingga 4 pagi pada 5 April bagi mengekang penularan pandemik Covid-19 di negara tersebut.

Artikel Berkaitan:

Sehingga kini, seramai 1,047 orang telah didakwa atas kesalahan melanggar arahan perintah berkurung tersebut.

Sementara itu, jurucakap kerajaan, Narumon Pinyosinwat berkata, Kabinet hari ini bersetuju menangguhkan permulaan semester sekolah dari 16 Mei kepada 1 Julai berikutan pandemik berkenaan.

"Kementerian Pendidikan akan mengkaji semula kalendar akademik," katanya. - Bernama