Tiada dalil BCG mampu kurangkan kadar jangkitan Covid-19

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah (kanan) bersama Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Datuk Dr Rohaizat Yon semasa sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. - Foto Bernama
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah (kanan) bersama Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Datuk Dr Rohaizat Yon semasa sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Tiada dalil menunjukkan vaksin Bacillus Calmette-Guerin (BCG) yang disuntik pada usia kanak-kanak mampu mengurangkan kadar jangkitan koronavirus (Covid-19), kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Menurutnya, penyelidikan bersepadu perlu dilakukan bagi membolehkan vaksin dikeluarkan di pasaran.

"Sebelum ia digunakan, penyelidikan ke atas manusia perlu dilakukan sekurang-kurangnya enam hingga sembilan bulan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Sementara itu, mengulas mengenai penggunaan ubat terhadap pesakit Covid-19, beliau berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) menggunakan ubat anti-malaria, Hydroxychloroquine dan kombinasi Lopinavir dan Ritonavir serta Chloroquine sejak dari awal kes dilaporkan.

"Hydroxychloroquine berkesan untuk anti radang. Ia dapat membantu dari segi inflamasi sekaligus melewatkan tahap jangkitan Covid-19," katanya.

Bagaimanapun, katanya, kesan sampingan penggunaan ubat berkenaan dipantau KKM.

"Setakat ini ia memberi kesan pada kategori satu atau dua sahaja," katanya.

Menurutnya, hanya tujuh peratus daripada keseluruhan kes yang sedang dirawat berada di tahap ketiga.

Artikel Berkaitan:

"Tahap ketiga adalah pesakit mempunyai radang namun tidak memerlukan bantuan oksigen manakala lima peratus berada di unit rawatan rapi (ICU)," katanya.

Kadar pesakit pulih dan discaj adalah sebanyak 30 peratus dan kematian hanya 1.6 peratus daripada keseluruhan kes.