PM terima sumbangan lebih RM22 juta untuk Tabung Covid-19

Muhyiddin Yassin (kanan) menerima sumbangan cek bernilai RM2 juta untuk Tabung Covid-19 daripada Telekom Malaysia Berhad yang disampaikan oleh Pengerusinya, Rosli Man pada majlis penyerahan sumbangan Tabung Covid-19 dari sektor korporat di Bangunan Perdana Putra hari ini. - Foto Bernama

A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menerima sumbangan berjumlah RM4 juta daripada syarikat korporat untuk Tabung Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini sebanyak RM22.6 juta.

Dalam acara ringkas yang diadakan di bangunan Perdana Putra, Telekom Malaysia Bhd yang diwakili Pengerusinya, Rosli Man menyampaikan sumbangan sebanyak RM2 juta.

Sunway Bhd yang diwakili Pengarah Urusan Sunway Property Development Malaysia & Singapore, Serena Cheah dan Ranhill Bhd diwakili Datuk Seri Kamarudin Ambok, masing-masing menyumbang RM1 juta.

Sementara itu, Muhyiddin turut menerima sumbangan peralatan perlindungan diri (PPE) bernilai RM2 juta daripada Western Digital Sdn Bhd yang diwakili Pengerusi Kumpulan (Operasi Malaysia) Datuk Syed Hussain Aljunid.

Muhyiddin pada 11 Mac, mengumumkan inisiatif kerajaan untuk melancarkan Tabung Covid-19 dalam membantu rakyat yang tidak bekerja dan terjejas berikutan dikuarantinkan dalam bentuk kewangan.

Dikendalikan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), sumbangan boleh disalurkan kepada akaun 16010001138714 (Bank Muamalat - Tabung Bantuan Bencana Negara). - Bernama

Artikel Berkaitan: