Dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain!

Foto perkongsian dalam beberapa laman Facebook
Foto perkongsian dalam beberapa laman Facebook
A
A
A

BAGAN - Seorang wanita di sini mendakwa tidak dapat menahan sebak sebaik didatangi seorang warga emas yang menangis kerana tiada duit untuk meneruskan kehidupan.

Wanita yang dikenali gadis denai dipercayai seorang jururawat berkongsi kejadian itu di laman sosial menerusi kiriman beberapa laman Facebook sejak semalam.

Menurutnya, ketika itu dia sedang beratur menunggu giliran untuk menggunakan mesin pengeluaran wang (ATM).

Katanya, dia kemudiannya ditegur oleh seorang pakcik yang meminta bantuannya mengeluarkan wang daripada mesin ATM.

Pakcik itu berkata; "Tolong pakcik tekan boleh? Harap duit PM (kerajaan) bagi. Dekat rumah tiada makanan dah."

“Bila ditekan, baki tidak mencukupi. Sedihnya, terus fikir keluarga pakcik tadi nak makan apa malam ni.

“Masa nak ambil duit baki nampak pakcik tu menangis di hujung tandas,” katanya.

Dia yang berasa sayu akan keadaan pakcik berkenaan membawanya ke sebuah kedai runcit berdekatan untuk membeli sedikit barang keperluan.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, dalam rezeki kita ada rezeki orang lain, dia hanya mengharapkan doa daripada pakcik tersebut.

“Mengalir air mata saya. Pakcik ucap terima kasih, ikut sampai ke kereta,” katanya.

Dalam pada itu gadis berkenaan menceritakan lagi, pakcik tersebut juga meminta sebuku roti jenama Gardenia yang ada di dalam keretanya.

“Pakcik nak roti satu? Susah nak jumpa (roti) Gardenia sekarang,” pinta pakcik tersebut.

Gadis tersebut kemudiannya memberikan roti tersebut kepada pakcik berkenaan.

Rata-rata komen netizen memuji tindakan gadis berkenaan.

“Semoga ALLAH kurniakan rezeki berlipat ganda untuk adik jururawat,” kata Mardziyah Musa.

Noor Azizan pula berkata, semoga ALLAH memperluaskan rezeki jururawat dan keluarga.