Tandas bergerak di sembilan lokasi sekatan jalan raya di Seremban

Kemudahan tandas bergerak yang disediakan Loke Siew Fook di lokasi sekatan jalan raya di daerah ini.
Kemudahan tandas bergerak yang disediakan Loke Siew Fook di lokasi sekatan jalan raya di daerah ini.
A
A
A

SEREMBAN - Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook menyediakan kemudahan tandas bergerak untuk kegunaan anggota polis dan tentera yang bertugas di sembilan lokasi sekatan jalan raya di daerah ini.

Menurutnya, kemudahan itu disediakan selepas pihaknya mendapat maklumat yang ia amat diperlukan terutama di lokasi yang jauh dengan kemudahan awam.

"Jadi saya telah ambil inisiatif menyewanya daripada seorang pembekal yang kenakan harga berpatutan.

"Pagi tadi sebanyak sembilan unit tandas bergerak telah diletakkan di sembilan lokasi sekatan jalan raya yang dilakukan," katanya.

Beliau berkata, kemudahan asas seumpama itu perlu disediakan buat petugas barisan hadapan berkenaan yang bekerja tanpa mengira waktu.

Katanya, beliau tidak dapat berkhidmat di barisan hadapan tetapi berharap dengan kemudahan disediakan itu dapat memberi semangat kepada mereka untuk terus berkhidmat.

Kemudahan tandas bergerak yang disediakan Loke Siew Fook di lokasi sekatan jalan raya di daerah ini.
Kemudahan tandas bergerak yang disediakan Loke Siew Fook di lokasi sekatan jalan raya di daerah ini.

Artikel Berkaitan: