Simpan 1,400 biji pil kuda dalam kereta mewah

Dadah yang berjaya dirampas dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Guchil Bayam di sini malam tadi.
Dadah yang berjaya dirampas dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Guchil Bayam di sini malam tadi.
A
A
A

KOTA BHARU – Polis merampas 1,400 biji pil kuda bernilai RM14,000 dalam sebuah kereta mewah ketika serbuan di sebuah rumah di Jalan Guchil Bayam di sini malam tadi.

Dalam serbuan jam 11.30 malam itu, polis berjaya menahan tiga lelaki yang berusia 24 hingga 30 tahun dan seorang wanita berusia 18 tahun.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, semasa serbuan pihaknya menjumpai kunci dan alat kawalan jauh kereta yang disimpan di dalam poket salah seorang lelaki yang ditahan.

Menurutnya, hasil siasatan, polis menemui satu bungkusan plastik hitam di dalam poket belakang kerusi penumpang hadapan kereta terbabit.

Hasanuddin (kanan) menunjukkan pil kuda yang dirampas.
Hasanuddin (kanan) menunjukkan pil kuda yang dirampas.

“Pemeriksaan lanjut mendapati ada tujuh paket plastik biru dalam plastik tersebut di mana setiap satunya berisi dadah jenis pil kuda.

"Kesemua lelaki yang ditahan mempunyai rekod lampau dan dua daripadanya positif dadah jenis methamphetamine," katanya.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan kesemua suspek direman bermula semalam sehingga 14 April ini.

Artikel Berkaitan:

Jika disabitkan kesalahan, ia membawa kepada hukuman mati mandatori.