"Saya segan bang, pertama kali dalam hidup minta dengan orang"

Facebook Zarul Zabidi.
Facebook Zarul Zabidi.
A
A
A

SHAH ALAM - Kisah seorang kelindan lori yang dalam keadaan kelaparan serta ketiadaan wang untuk menjamah sebarang makanan mendapat perhatian netizen sejak semalam.

Seorang pengguna Facebook, Zarul Zabidi menceritakan dia bertemu dengan seorang kelindan lori yang hanya bergantung kepada bayaran perjalanan sahaja.

Zarul memulakan status di Facebooknya, “Abang, saya lapar. Saya tiada duit, abang bayarkan boleh?”

Kongsi Zarul lagi, dia mahu membayar makanan dan meminta pemandu lori berkenaan memilih hidangan yang ada.

Bagaimanapun katanya, lelaki itu hanya mengambil dua kuih seri muka dan sebungkus air milo dan memberitahu cukup baginya makan satu di waktu pagi dan satu lagi di waktu petang.

Zarul turut mempelawa nasi berlauk atau roti canai.

“Saya segan bang, pertama kali dalam hidup minta dengan orang," tambahnya lagi.

Zarul dalam kiriman yang sama mendoakan supaya ALLAH melimpahkan rezekinya, agar lebih ramai lagi orang susah yang dapat dibantu.

Artikel Berkaitan:

Sehingga berita ini melaporkan, kiriman gambar tersebut mendapat lebih 9,000 tanda reaksi, 4,000 perkongsian dan 88 komen sejak semalam.