'Berterus terang sebelum masuk hospital atau klinik'

Amirudin
Amirudin
A
A
A

SHAH ALAM - Berterus-terang ketika memberi maklumat kepada petugas kesihatan boleh menghentikan rantaian koronavirus (Covid-19) sekali gus menyelamatkan orang lain dan diri sendiri.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menasihatkan orang ramai supaya jujur memberitahu petugas terbabit sebelum memasuki premis hospital atau klinik.

"Sering terjadi pesakit berjumpa doktor tanpa memberitahu sejarah dan situasi diri sendiri.

“Akhirnya, pesakit disahkan positif Covid-19, doktor pun berjangkit, jururawat pun berjangkit malah orang awam di sekeliling pun berjangkit. Ini sangat berbahaya kerana kita telah melumpuhkan barisan hadapan negara.

“Tak rugi berterus-terang sebab pasukan perubatan boleh bersedia merawat anda malah sebenarnya anda telah menyelamatkan ramai nyawa orang dengan bersikap begitu,” katanya menerusi kenyataan dimuat naik di Facebook Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC).

Terdahulu, menerusi info grafik dikongsi, Amirudin memberitahu orang ramai yang ke klinik atau hospital perlu memberitahu sama ada mereka sedang dalam kuarantin, terdapat ahli keluarga atau pernah mendekati sesiapa yang positif Covid-19.

Katanya, mereka yang baru pulang dari luar negara dan pernah menghadiri perhimpunan besar juga perlu memaklumkan perkara tersebut kepada petugas kesihatan sebelum masuk ke hospital atau klinik.

“Berterus teranglah sebelum masuk hospital atau klinik, bukan selepas masuk,” katanya.

Artikel Berkaitan: