APM Bachok tangkap 858 ular tahun lalu

Kakitangan Perhilitan mengambil ular di pekarangan Pejabat APM Bachok, semalam.
Kakitangan Perhilitan mengambil ular di pekarangan Pejabat APM Bachok, semalam.
A
A
A

BACHOK - Angkatan Pertahanan Awam (APM) Bachok merekodkan 858 kes tangkapan ular pelbagai spesies sepanjang tahun lepas.

Pegawai APM Bachok, Mohd Faizal Mohamad berkata, kes menangkap ular (KMU) paling tinggi dicatatkan pada Disember iaitu 92 kes diikuti Ogos, 79 kes dan September, 76 kes.

Menurutnya, musim hujan yang lazim berlaku pada Disember merupakan faktor peningkatan ketara KMU.

“Pada musim hujan ular mencari tempat berlindung sehingga memasuki rumah penduduk dan kawasan sekitarnya apabila sarang digenangi air.

“Kita meminta orang ramai lebih berhati-hati kerana banyak kes membabitkan ular berbisa seperti tedung selar,” katanya.

Mohd Faizal berkata, ular yang ditangkap diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan selanjutnya.

Dalam perkembangan lain, Mohd Faizal berkata, pengawasan pantai untuk musim tengkujuh terus dilaksanakan memandangkan cuaca masih tidak menentu.

Katanya, menara penyelamat pantai sentiasa menjalankan pemantauan bagi memastikan masyarakat tidak melakukan aktiviti berisiko bahaya.

Artikel Berkaitan:

“Kita menaikkan bendera merah sebagai amaran kepada orang ramai agar tidak mendekati pantai kerana musim tengkujuh belum berakhir,” katanya.