Polis buru M Logeswaran bantu kes bunuh remaja

Polis mencari M Logeswaran bagi membantu siasatan kes bunuh seorang remaja lelaki pada Mac lalu.
Polis mencari M Logeswaran bagi membantu siasatan kes bunuh seorang remaja lelaki pada Mac lalu.
A
A
A

BANTING - Polis memburu seorang lelaki bagi membantu siasatan kes bunuh remaja berusia 18 tahun pada Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, lelaki terbabit dikenali sebagai M Logeswaran berusia 26 tahun.

"Pihak Polis Kuala Langat meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai M Logeswaran diminta berhubung dengan balai polis terdekat atau menghubungi Penyiasat Pegawai iaitu Asisten Superintendan Daimie Jamilin di talian 012-8359059," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Terdahulu, mayat mangsa ditemui di hadapan sebuah rumah di Taman Rambai Indah, Sungai Jarom di sini kira-kira jam 5.05 petang pada 16 Mac lalu.

Azizan berkata, siasatan mendapati mangsa merupakan seorang lelaki dipercayai maut akibat dipukul dengan menggunakan senjata tumpul.

Katanya, mangsa dipercayai telah diculik dan dipukul lima lelaki di sebuah kawasan terpencil di Pantai Pulau Carey dan sebuah ladang kelapa sawit di Batu 13, Sg Rambai, Jenjarom.

"Susulan itu, empat suspek telah ditahan dan dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Berkaitan: