PLUS sumbang peralatan perubatan RM1.2 juta

Datuk Azman Ismail berada di Pusat Kawalan Trafik PLUS.
Datuk Azman Ismail berada di Pusat Kawalan Trafik PLUS.
A
A
A

KUALA LUMPUR - PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menyumbang peralatan perlindungan peribadi dan peralatan perubatan untuk disumbangkan kepada Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Sungai Buloh (HSB) dalam menangani penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail berkata, proses perolehan peralatan berkenaan dikendalikan PLUS membabitkan peruntukkan RM1.2 juta dengan membeli terus daripada pembekal dan menyelaraskan penghantarannya terus ke HKL dan HSB.

"Inilah penglibatan dan bantuan yang kami boleh lakukan untuk mengurangkan beban pasukan perolehan hospital berkenaan dalam detik yang mencabar ini.

"Kami harap bantuan yang kami salurkan kepada HKL dan HSB ini berupaya menyumbang kepada kadar pemulihan (Covid-19) yang lebih tinggi,” katanya dalam kenyataan hari ini. - Bernama

Artikel Berkaitan: