Majlis Keselamatan PBB bincang Covid-19, Khamis ini

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres - Foto AFP
Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres - Foto AFP
A
A
A

NEW YORK - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dijangka membincangkan mengenai wabak koronavirus (Covid-19) Khamis ini.

"Mesyuarat mengenai Covid-19 dijadual pada Khamis," kata seorang sumber diplomatik kepada agensi berita Sputnik semalam.

Minggu lalu, sembilan negara anggota Majlis Keselamatan diminta membincangkan mengenai wabak yang menyebabkan darurat kecemasan global itu dan kesannya terhadap operasi PBB di seluruh dunia.

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres kemudian mengesahkan beliau akan memberi taklimat kepada Majlis Keselamatan berhubung perkara itu.

Menurut Johns Hopkins University, jumlah orang yang disahkan Covid-19 melebihi 1.3 juta di seluruh dunia dan 74,476 pesakit meninggal dunia. - Bernama

Artikel Berkaitan: