600 botol pensanitasi tangan untuk barisan hadapan: UMP

Sebanyak 600 botol pensanitasi tangan sumbangan UMP diserahkan melalui Pejabat Menteri Besar Pahang untuk diagihkan kepada petugas barisan hadapan.
Sebanyak 600 botol pensanitasi tangan sumbangan UMP diserahkan melalui Pejabat Menteri Besar Pahang untuk diagihkan kepada petugas barisan hadapan.
A
A
A

KUANTAN - Universiti Malaysia Pahang (UMP) menyumbang sebanyak 600 botol pensanitasi tangan yang dihasilkan kepada petugas barisan hadapan bagi menangani penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Eksekutif Kanan Pejabat Naib Canselor UMP, Saharudin Ramli berkata, sumbangan produk triUMPH berkapasiti satu liter dan pensanitasi tangan bebas kuman berkapasiti 30 mililiter itu merupakan tanggungjawab sosial pihak universiti kepada masyarakat.

Menurutnya, pihak universiti memfokuskan bantuan yang akan diberikan kepada petugas barisan hadapan yang berusaha memutuskan rangkaian Covid-19.

"Hari ini kita selesai menyerahkan sumbangan untuk diagihkan kepada petugas barisan hadapan terlibat," katanya selepas majlis penyerahan sumbangan itu di Pejabat Menteri Besar Pahang, Wisma Sri Pahang di sini hari ini.

Sumbangan diserahkan kepada Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar Pahang, Md Yusli Ibrahim Mohd Yunus.

Hadir sama, Pengurus Besar UMP Technology Sdn Bhd, Muhamad Nizam Abdul Rashid.

Saharudin menyerahkan sumbangan pensanitasi tangan kepada Md Yusli untuk diagihkan kepada petugas barisan hadapan.
Saharudin menyerahkan sumbangan pensanitasi tangan kepada Md Yusli untuk diagihkan kepada petugas barisan hadapan.

Saharudin berkata, UMP Holdings Sdn Bhd (UMPH) melancarkan Tabung triUMPH Frontliners untuk mengumpul sumbangan bagi membekalkan air minuman kepada petugas berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Muhamad Nizam berkata, produk triUMPH merupakan hasil inovasi UMP Technology Sdn Bhd dan sebuah syarikat milik penuh UMPH, MNR Multitech Sdn Bhd manakala pensanitasi tangan bebas kuman merupakan produk keluaran syarikat terbitan UMP, UMP Renal Care Sdn Bhd.

“Produk triUMPH diformulasi mengikut standard World Health Organization (WHO) dengan kandungan alkohol 70 peratus yang efektif untuk membunuh kuman manakala pensanitasi tangan bebas kuman mengandungi ekstrak daun sireh bagi merencatkan pembiakan kuman.

"Ia turut mengandungi aloe vera dan vitamin E yang sesuai untuk kulit," katanya.

Beliau berkata, sumbangan itu selaras dengan semangat UMP untuk menyumbang kepakaran dan hasil fasiliti untuk komuniti sekeliling.