X

Kindly register in order to view this article
!

Juruteknik ditemui mati dibunuh

Mayat mangsa dibawa ke PPUM untuk bedah siasat.
A
A

PETALING JAYA - Seorang juruteknik ditemui mati dipercayai dibunuh di sebuah pangsapuri di Bandar Saujana Damansara di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, mangsa yang dikenali sebagai G Puspanathan, 25, ditemui dalam keadaan berlumuran darah di kawasan tangga di tingkat dua pangsapuri berkenaan.

"Kita terima panggilan daripada orang awam pada jam 1.20 pagi, sepasukan anggota polis dan forensik bergegas ke lokasi kejadian.

"Hasil siasatan awal mendapati ada kecederaan di bahagian kepala dan leher mangsa,” katanya pada sidang media di lokasi kejadian, hari ini.

Nik Ezanee berkata, pihaknya sedang giat memburu seorang lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan tersebut.

“Mayat mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari.Langgan Sekarang!

Polisi Data Peribadi Karangkraf