Twitter KKM dibanjiri komen syukur netizen

Foto kiriman Twitter KKM.
Foto kiriman Twitter KKM.
A
A
A

SHAH ALAM- Kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Twitter rasminya yang menyatakan bahawa seramai 236 pesakit koronavirus (Covid-19) di Malaysia telah sembuh setakat jam 12 tengah hari hari ini, disambut oleh netizen dengan penuh rasa syukur.

Jumlah itu merupakan jumlah tertinggi yang pernah dilaporkan setakat ini.

“Ini adalah kali pertama kes sembuh melebihi kes baru. Keseluruhan kes sembuh 1,241 atau 33 peratus daripada keseluruhan kes,” kata kementerian tersebut.

Susulan itu, netizen masing-masing meluahkan rasa syukur terhadap berita baik berkenaan dengan meninggalkan komen-komen di hantaran berkenaan.

“Senyuman itu. Tahniah KKM,” komen pengguna Twitter bernama Zmll.

“Alhamdulillah, syukur padamu ya ALLAH,” kata pengguna Twitter bernama Nourbayu pula.

Dalam masa kurang 4 jam, ia memperoleh 10,300 ciapan dan 12,600 tanda suka.

Artikel Berkaitan: