Muhyiddin, Abbas bincang isu Covid-19 menerusi telefon

Mahmoud Abbas -Foto AFP
Mahmoud Abbas -Foto AFP
A
A
A

KUALA LUMPUR- Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas pada Isnin mengadakan perbincangan menerusi telefon, berkaitan beberapa isu termasuk hubungan dua hala dan pandemik koronavirus (Covid-19), lapor agensi berita Palestin (WAFA).

Abbas turut mengucapkan tahniah kepada Muhyiddin atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri dan menekankan mengenai pentingnya meningkatkan kerjasama serta hubungan dua hala kedua-dua negara.

Presiden itu turut menzahirkan harapannya, kerajaan dan rakyat Malaysia berjaya mengharungi perjuangan memerangi pandemik Covid-19, sambil menekankan kesediaan Palestin meneruskan kerjasama dengan Malaysia dalam pelbagai bidang.

Sementara itu, Muhyiddin turut menyuarakan sokongan Malaysia terhadap isu Palestin, dan hasrat meneruskan jalinan kerjasama untuk mengukukuhkan lagi hubungan kedua-dua negara.

Beliau turut mempelawa Abbas melawat Malaysia selepas berakhirnya krisis Covid-19, dan mendoakan keamanan, keselamatan rakyat Palestin dan mereka mencapai impian untuk membentuk perpaduan, meraih kebebasan dan kemerdekaan.-Bernama

Artikel Berkaitan: