Thailand lanjut sekatan penerbangan antarabangsa hingga 18 April

Chula Sukmanop - Foto PattayaMail
Chula Sukmanop - Foto PattayaMail
A
A
A

BANGKOK- Thailand pada Isnin melanjutkan sekatan ke atas semua penerbangan antarabangsa daripada memasuki negara ini, sehingga 18 April, untuk membendung pandemik koronavirus (Covid-19).

Ketua Pengarah Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Thailand (CAAT), Chula Sukmanop berkata, sebelum ini larangan itu berkuat kuasa pada Sabtu lalu sehingga Isnin (6 April).

"Larangan penerbangan pesawat penumpang antarabangsa ke Thailand akan dilanjutkan dari 6 April hingga 18 April, 5 petang (waktu tempatan).

"Semua permit penerbangan yang diberikan untuk tempoh itu akan dibatalkan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Chula berkata, pesawat negara atau tentera, pendaratan kecemasan, pendaratan teknikal tanpa menurunkan penumpang, penerbangan kemanusiaan, perubatan atau penerbangan evakuasi dan penerbangan kargo dikecualikan.

Beliau berkata, penumpang yang tiba sebelum perintah itu berkuat kuasa perlu menjalani kuarantin selama 14 hari sejurus ketibaan.

Thailand mengisytiharkan darurat bermula 26 Mac hingga 30 April.

Sehingga kini, Thailand mencatatkan 2,220 kes Covid-19 dengan 26 kematian.

Artikel Berkaitan:

Larangan itu dijangka menjejaskan rakyat Thailand yang terkandas di luar negara, termasuk 35 orang yang berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Korea Selatan.-Bernama