PU Riz positif jangkitan Covid-19

PU Riz
PU Riz
A
A
A
PENDAKWAH bebas dan pelakon iaitu Pencetus Ummah (PU), Riz mengakui positif jangkitan wabak koronavirus (Covid-19) selepas mengalami demam panas selama tiga hari.

Menurut Riz atau nama sebenarnya Muhammad Hariz Mohd Ismail, dia sebelum itu telah menjalani saringan pemeriksaan Covid-19 di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya, Ahad lalu.

"Pihak hospital menghubungi saya tadi memaklumkan ujian Covid-19 saya positif.

"Saya reda dengan berita ini dan menganggap ia adalah ujian ALLAH SWT dan akan kuatkan diri berdepan dengan ujian ini.

"Saya harap semua dapat doakan saya kembali sembuh dan bebas daripada jangkitan ini secepat mungkin," katanya seperti dilaporkan mStar Online.

Berkongsi rutinnya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu, Riz berkata, dia hanya berada di rumah.

Bagaimanapun sebelum masjid tersebut ditutup, dia ada berkunjung ke Masjid Jamek Sri Petaling.

"Rumah saya memang betul-betul berdepan dengan masjid tersebut dan saya kerap beribadat di situ sebelum masjid tersebut ditutup kerana penularan wabak Covid-19," ujarnya yang turut memaklumkan bapa saudaranya juga positif Covid-19.

Artikel Berkaitan: