Lari marathon 236km hanya di rumah

Heng Fatt mencatatkan rekod larian 236km dalam tempoh 36 jam di rumah.
Heng Fatt mencatatkan rekod larian 236km dalam tempoh 36 jam di rumah.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pelari berpengalaman, Yim Heng Fatt menjadikan tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lebih bermakna melalui aktiviti meningkatkan stamina di rumah.

Beliau membuktikan larian boleh dilakukan walaupun ketika berkurung di dalam rumah apabila mampu mencapai jarak larian maraton sejauh 263 kilometer.

Perkongsian video pendek berdurasi 40 saat di Facebook miliknya itu mendedahkan aktiviti yang boleh dilakukan oleh orang ramai ketika PKP.

Menerusi statusnya, beliau mulakan larian pada 4 April pada jam 6 pagi.

Larian hanya dilakukan di dalam rumah seperti di ruang tamu, di dapur yang secara anggaran hanyalah 50 meter untuk satu pusingan dan berjaya melengkapkan 5,260 pusingan dalam 36 jam.

Jelasnya, jarak marathon penuh (full marathon) iaitu 42 kilometer berjaya dilakukan dalam masa 4 jam 54 minit dengan purata penyudah 1km (pace) dalam tempoh 6 minit 49 saat.

Menurutnya, dia menghabiskan larian dengan jarak 263km kerana angka itu bermaksud hidup abadi dalam bahasa Kantonis.

Paparan Facebook Heng Fatt tular di laman sosial.
Paparan Facebook Heng Fatt tular di laman sosial.

Artikel Berkaitan:

"Dalam video, anda boleh melihat saya pergi ke tandas, bermain dengan kucing saya dan memasak makan tengah hari, makan malam dan juga berhenti sejenak untuk menonton video muzik.

"Melakukan di rumah lebih baik kerana cuaca tidak menghampakan," tulisnya menarik perhatian ramai.

Perkongsian itu mampu menyuntik semangat dan inspirasi buat netizen yang berada di rumah untuk melakukan senaman sepanjang tempoh pelaksanaan PKP.

"Saya sangat teruja melihat video ini. Sangat bagus tapi perlu semangat kuat untuk buat macam ini," kata Hamilah.

Kata Badrul Hisham pula, "Tengok pun dah pening, ini kan nak buat macam itu tapi dalam 5-10km boleh kot. Terbaik Yim!"

Ujar Kamalton, "Memang luar biasa. Wow! tahniah abang Yim."

"Boleh masuk Malaysia Book of Records ni," kata Ahmad Azwad.

.