Kerajaan digesa tubuh RCI siasat kes seludup dadah di penjara

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Gerakan hari ini menggesa kerajaan supaya menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat kes penyeludupan dadah oleh satu sindiket di penjara Simpang Renggam.

Dalam satu kenyataan hari ini, Presidennya Datuk Dr Dominic Lau berkata penubuhan suruhanjaya itu penting untuk menyiasat secara menyeluruh dan memperbetulkan amalan salah di dalam penjara bagi mengelakkan penjara daripada menjadi sebuah pusat dadah.

“Ini adalah jenayah yang serius apabila melibatkan pihak penjara dan orang luar yang bersekongkol. Maka polis mesti mencari dalang kes ini dan paling penting sekali mengkaji semula sistem penjara bagi menjamin perkara sedemikian tidak berulang lagi,” katanya.

Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mendedahkan polis menumpaskan satu sindiket penyeludupan dadah dalam penjara Simpang Renggam dengan penahanan lima lelaki Sabtu lepas.

Polis juga menyita dadah bernilai RM814,000 daripada lelaki terbabit yang berusia antara 26 hingga 30 tahun.- Bernama.

[ ARTIKEL BERKAITAN: Sindiket edar dadah di penjara tumpas ]

Artikel Berkaitan: