Lelaki Iran tengking, tolak bahu polis

Antara lokasi SJR yang dilaksanakan IPD Petaling Jaya dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di sekitar daerah terbabit sepanjang tempoh PKP.
Antara lokasi SJR yang dilaksanakan IPD Petaling Jaya dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di sekitar daerah terbabit sepanjang tempoh PKP.
A
A
A

PETALING JAYA - Seorang lelaki warga Iran ditahan ketika sekatan jalan raya di Tol PJS 2, di sini semalam apabila bertindak agresif dan menengking pegawai polis yang menjalankan Ops Covid-19.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, lelaki berusia 33 tahun itu ditahan kira-kira jam 5.30 petang kerana gagal memberi alasan munasabah mengenai pergerakannya.

"Lelaki itu juga telah bertindak agresif dengan menolak bahu dan menengking salah seorang pegawai polis serta mengajak bergaduh," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Antara lokasi SJR yang dilaksanakan IPD Petaling Jaya dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di sekitar daerah terbabit sepanjang tempoh PKP.
Antara lokasi SJR yang dilaksanakan IPD Petaling Jaya dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di sekitar daerah terbabit sepanjang tempoh PKP.

Tambahnya, polis turut menahan sembilan individu termasuk enam warga asing berusia 22 hingga 51 tahun ketika dan rondaan di sekitar Petaling Jaya semalam kerana gagal memberi alasan munasabah mengenai ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Selain itu, dua lelaki warga Indonesia turut ditahan kira-kira jam 1.30 petang, hari ini di Kilometer 0.3 Lebuhraya Sprint Damansara menghala ke Tol Kayu Ara Damansara.

Nik Ezanee berkata, kesemua 12 individu yang ditahan disiasat di bawah Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.

"Polis memberi amaran kepada orang ramai supaya mematuhi PKP yang telah memasuki fasa kedua. Kegagalan mematuhi arahan ini membolehkan mereka ditangkap dan didakwa di mahkamah," katanya.

Artikel Berkaitan: