X

Kindly register in order to view this article
!

Tiada orang asli dijangkiti Covid-19 di Kelantan

Ahmad
A
A

KOTA BHARU – Kepatuhan penduduk Kelantan kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa kedua di negeri ini semakin baik iaitu 95 hingga 96 peratus.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, sehingga kini hanya satu daerah sahaja yang tidak terlibat dengan jangkitan tersebut dan berharap masyarakat terus patuh kepada arahan berkenaan.

“Kita harap empat peratus lagi akan memberi sokongan penuh kepada usaha yang kerajaan lakukan melalui agensi terlibat sekali gus dapat memutuskan rangkaian Covid-19 ini,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kerja, Keselamatan Negeri (JKKN) Khas Kelantan, di Kota Darulnaim hari ini.

Ahmad juga memberitahu tiada masyarakat orang asli dijangkiti Covid-19 di negeri ini.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai sumbangan yang disalurkan ke Pejabat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) beliau berkata, ia dilaksanakan sebaik mungkin oleh mereka yang telah dipertanggungjawabkan.

"Tidak timbul isu penghulu yang dikatakan tidak telus dalam pembahagian sumbangan tersebut kerana sudah mengikut kaedah yang sepatutnya.

“Pemberian sumbangan berjalan dengan baik cuma caranya tidak seperti ketika banjir. Tidak boleh keluar ramai-ramai. Biasanya kita minta penghulu sampaikan,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus