Covid-19: KKM utamakan perkasa fasiliti petugas barisan hadapan

Dr Adham Baba mengadakan lawatan kerja ke Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Penyakit Berjangkit Tropika (TIDREC), Universiti Malaya di Petaling Jaya di sini semalam.
Dr Adham Baba mengadakan lawatan kerja ke Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Penyakit Berjangkit Tropika (TIDREC), Universiti Malaya di Petaling Jaya di sini semalam.
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) terus memperkasa dan memperkukuhkan keupayaan semua fasiliti, kelengkapan dan pasukan petugas di barisan hadapan untuk memutuskan rantaian penularan koronavirus (Covid-19).

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, usaha itu melibatkan penambahan kakitangan barisan hadapan, kelengkapan, peralatan dan meningkatkan kapasiti makmal ujian sampel saringan dan pengesanan Covid-19 di seluruh negara.

Menurutnya, langkah-langkah itu selaras dengan peningkatan jumlah saringan yang perlu dilaksanakan oleh petugas barisan hadapan.

Sehubungan itu, Dr Adham, berkata beliau sendiri melakukan tinjauan lapangan ke hospital dan makmal untuk memastikan matlamat itu tercapai.

Dr Adham Baba mengadakan lawatan kerja ke Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Penyakit Berjangkit Tropika (TIDREC), Universiti Malaya di Petaling Jaya di sini semalam.
Dr Adham Baba mengadakan lawatan kerja ke Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Penyakit Berjangkit Tropika (TIDREC), Universiti Malaya di Petaling Jaya di sini semalam.

Pada masa sama, katanya, KKM mendapat kerjasama pelbagai pihak untuk melakukan ujian sampel Covid-19 dan langkah itu dapat meningkatkan kapasiti menguji sampel yang diambil daripada pesakit.

"Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi juga bekerjasama dengan KKM. Mereka dah mula bantu kita membuat ujian terhadap sampel yang diambil daripada pesakit," katanya.

Beliau berkata demikian mengadakan siri tinjauan lapangannya ke Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Penyakit Berjangkit Tropika (TIDREC), Universiti Malaya di Petaling Jaya di sini semalam.

Artikel Berkaitan:

Dr Adham Baba mengadakan lawatan kerja ke Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Penyakit Berjangkit Tropika (TIDREC), Universiti Malaya di Petaling Jaya di sini semalam.
Dr Adham Baba mengadakan lawatan kerja ke Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Penyakit Berjangkit Tropika (TIDREC), Universiti Malaya di Petaling Jaya di sini semalam.

Lawatan semalam bertujuan melihat sendiri perlaksanaan aktiviti pusat saringan Covid-19 dan juga makmal biokeselamatan tahap 3 di mana kerja-kerja pengendalian patogen tahap 3 dijalankan.

Antara tempat dilawati termasuklah Fakulti Perubatan, Jabatan Mikrobiologi Perubatan, Makmal Surveilan dan Makmal Biokeselamatan Tahap 3.

Minggu lepas, beliau juga telah melawati Institut Biologi Molekular UKM (UMBI) dan makmal Jabatan Patologi Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas melakukan tinjauan lapangan ke Hospital Sungai Buloh, Hospital Putarajaya, Hospital Selayang, Pusat Kesihatan Daerah Kluang, Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ), Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur )KLIA) sejak mengangkat sumpah sebagai Menteri Kesihatan.