Bob main Saidina dengan rakan serumah

Bob
Bob
A
A
A

Memasuki minggu ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, penyanyi Bob Yusof cuba memanfaatkan sebaiknya masa yang ada untuk membuat latihan sendiri di rumah.

Bob atau nama sebenarnya Yusrizan Yusof yang tampil dengan single terbaharunya, 'Dan Hari Ini' pada awal Mac lalu mengambil kesempatan tersebut dengan meluangkan masa untuk menelaah pelbagai jenis lagu sebagai rujukan untuknya.

“Rakan-rakan serumah saya bekerja dari rumah semenjak PKP dilaksanakan sehingga suasana di rumah sudah jadi macam pejabat.

“Jadi saya juga mengambil pendekatan yang sama untuk bekerja dari rumah dengan membuat latihan nyanyian seperti biasa, selain menelaah pelbagai lagu yang sebelum ini tidak sempat dilakukan kerana banyak terlibat dengan aktiviti di luar.

“Masa ini juga saya gunakan untuk membuat perancangan kerjaya seni saya sehingga hujung tahun. Kiranya masa yang ada ini digunakan dengan sebaiknya dan ternyata ada hikmah di sebalik pelaksanaan PKP ini,” ujar Bob kepada Sinar Harian.

Dalam pada itu, kata Bob, tempoh kuarantin di rumah juga digunakan untuk mengeratkan hubungan dengan rakan-rakan serumahnya yang sebelum ini sibuk dengan aktiviti masing-masing.

“Daripada hanya makan dan tidur, kami semua cuba cari aktiviti yang boleh dilakukan bersama-sama dan melibatkan semua orang.

“Jadi kita sepakat untuk masak sama-sama untuk memasak dan bergotong-royong kemas rumah.

Artikel Berkaitan:

“Paling best buka kotak permainan Saidina dan isi masa dengan main benda yang dah lama tak main. Sekurang-kurangnya ada benda yang kita seronok untuk lakukan sama-sama,” kata Bob.