Saya masih Ahli Parlimen Bebas: Ikmal Hisham

Ikmal Hisham
Ikmal Hisham
A
A
A

TANAH MERAH - Desas desus mengenai Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz yang namanya antara disebut akan membuat pusingan 'U' kembali kepada Umno tidak benar.

Ikmal Hisham berkata, setakat ini beliau masih belum membuat keputusan untuk menyertai mana-mana parti politik.

"Jadi spekulasi ini mungkin hanya untuk melihat reaksi kami. Apa pun saya ingin menjelaskan saya masih Ahli Parlimen Bebas," katanya ketika dihubungi di sini malam tadi.

Dalam laporan akhbar tempatan sebelum ini melaporkan, timbul spekulasi sudah ada perbincangan antara enam Ahli Parlimen Bebas termasuk Ikmal, dengan Timbalan Presiden Umno yang menjalankan tugas Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Pengerusi Jemaah Penasihat parti, Tengku Razaleigh Hamzah.

Enam Ahli Parlimen yang kini menjadi Ahli Parlimen Bebas itu, meninggalkan Umno pada 14 Disember lalu.

Mereka ialah Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid, Ahli Parlimen Mersing, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad dan Ahli Parlimen Tasik Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya.

Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin, Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Mohamad Fasiah Mohd Fakeh dan Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz.

Artikel Berkaitan: