X

Kindly register in order to view this article
!

Manfaat tempoh PKP, bercucuk tanam guna polibeg

Mohd Fauzi menunjukkan pokok terungnya yang sudah membuahkan hasil selepas ditanam sebelum PKP dilaksanakan.
A
A

JITRA - Seorang tukang rumah memanfaatkan masa yang ada dengan bercucuk tanam menggunakan 100 polibeg di belakang rumahnya di Kampung Pulau Kecil, Tunjang, dekat sini.

Mohd Fauzi Ismail, 51, berkata, dia tidak mahu membazirkan masa tanpa membuat perkara berfaedah dan idea itu timbul selepas melihat rakan-rakannya telah berjaya menanam sayur-sayuran menggunakan kaedah tersebut.

Menurutnya, lebih RM200 diperuntukkan olehnya untuk membeli polibeg, tanah pertanian, serkam padi, benih pokok dan vitamin tanaman selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

"Kebanyakan barang-barang kelengkapan ini saya tempah secara dalam talian selepas banyak kedai tidak dibuka sepanjang PKP ini.

"Sebelum PKP dikuat kuasa saya sudah ada tanam terung dan kini saya tambah lagi pokok cili besar, kucai dan kangkung," katanya ketika ditemui di rumahnya semalam.

Sebanyak 100 polibeg disediakan di laman belakang rumah Mohd Fauzi bagi tujuan tanaman selepas PKP dikuatkuasakan sejak 18 Mac lalu.
Sebanyak 100 polibeg disediakan di laman belakang rumah Mohd Fauzi bagi tujuan tanaman selepas PKP dikuatkuasakan sejak 18 Mac lalu.

Bapa kepada tiga orang anak berusia 20, 14 dan 9 tahun ini yang memperoleh pendapatan kira-kira RM1,000 sebulan sebagai tukang rumah berharap aktiviti baharunya mampu memberikan pendapatan sampingan kepadanya, selain untuk keperluan harian keluarganya.

Jelasnya, sepanjang lebih dua minggu pelaksanaan PKP ini, dia komited melakukan aktiviti bercucuk tanam dengan memulakan kegiatan tersebut pada waktu pagi.

"Daripada duduk saja tanpa buat apa-apa, lebih baik bercucuk tanam dan dapat juga hasilnya.

"Saya anggarkan sebahagian besar tanaman ini seperti cili besar akan dapat dituai dalam tempoh tiga bulan. Cili besar baru di peringkat semaian dan baru masuk lebih dua minggu," katanya.

Sebanyak 100 polibeg disediakan Mohd Fauzi di laman belakang rumahnya
Sebanyak 100 polibeg disediakan Mohd Fauzi di laman belakang rumahnya


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!