X

Kindly register in order to view this article
!

'Terbaik Dr Noor Hisham... kena tunjuk gambar baru faham'

Tindakan Dr Noor Hisham memuat naik gambar Covid-19 memenuhi ruang udara KLCC menerima ribuan reaksi positif daripada warganet.
A
A

KUALA LUMPUR - Tindakan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memuat naik gambar bertindih virus koronavirus (Covid-19) memenuhi ruang udara KLCC di laman media sosialnya, iaitu Twitter dan Facebook hari ini, menerima ribuan reaksi positif.

Beliau turut melontarkan soalan: “Jika anda dapat lihat virus Covid-19 menular dan terzahir seperti ini, adakah anda akan keluar rumah?”

Gambar itu yang turut diiringi kenyataan, “Buat keputusan bijak. Duduk di rumah. Putuskan rantaian Covid-19” dikongsi lebih 6,600 pemegang akaun Facebook dan diciap semula oleh 25,500 pemegang akaun Twitter dalam tempoh tiga jam ia dimuat naik.

Sejumlah 18,000 daripada 22,000 memberi reaksi menyukai kenyataan itu dengan 4,300 memberi tanda 'love' dalam Facebook, manakala lebih 19,000 menyukainya di Twitter.

Di Twitter, @PutriLea3 berkata, dia tidak berani keluar walaupun Covid-19 tidak dapat dilihat, manakala @adisofri berharap semua orang duduk di rumah supaya tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak dilanjutkan lagi.

“Fikirkanlah juga kepada mereka yang bekerja mencari rezeki secara harian. Jangan pentingkan diri. Ikut saranan,” katanya.

@daksempoi500 pula berkata, “Terbaik DG. Kena lukis gambar juga baharu depa ini faham.”

Ramai turut mendoakan Dr Noor Hisham dan kakitangan Kementerian Kesihatan serta petugas barisan hadapan sentiasa selamat, sihat dan dijauhi wabak Covid-19.

@abgirwan berkata, “I pray that Datuk Dr Hisham & team are well & safe. We are indebted to your for your fine services and sacrifice." - Bernama


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!