Selamat bersalin selepas tempuh perjalanan 500 km

Kalli selamat melahirkan bayi lelaki. - Foto Times of India
Kalli selamat melahirkan bayi lelaki. - Foto Times of India
A
A
A

BHOPAL - Seorang wanita hamil nekad berjalan kaki sejauh 500 kilometer dari Mathura di Uttar Pradesh ke Panna untuk pulang ke kampung halamannya semasa wabak koronavirus (Covid-19).

Kehidupan serba kekurangan, Kalli Bai berusia 24 tahun itu memulakan perjalanan pada 29 Mac sebelum tiba di kampung halamannya pada 31 Mac.

Dia ditemani suaminya bukan sahaja berjalan jauh tetapi perlu melalui jalan sukar dengan menaiki trak untuk tiba ke kampung kerana itu satu-satu jalan yang perlu dilalui, lapor Times of India.

Ramdeen Kevat bekerja berhampiran Mathura tetapi mereka kehilangan pekerjaan selepas tapak pembinaan ditutup kerana Covid-19.

Bagaimanapun, Kalli selamat melahirkan bayi lelaki secara normal pada Khamis lalu, kata seorang doktor di kampung Bariyarpur Bhumiyan di Ajaygarh di Panna.

"Ibu dan anaknya Ram, kedua-duanya sihat dan dijaga di pusat pengasingan di sini," ujar doktor kepada media tempatan.

Artikel Berkaitan: