Sukarelawan UTHM hasilkan 'boot cover' untuk petugas kesihatan

Inilah 'boot cover' yang dihasilkan Pasukan Solusi Jahitan UTHM yang dapat melindungi petugas barisan hadapan terdedah daripada sebarang risiko jangkitan Covid-19.
Inilah 'boot cover' yang dihasilkan Pasukan Solusi Jahitan UTHM yang dapat melindungi petugas barisan hadapan terdedah daripada sebarang risiko jangkitan Covid-19.
A
A
A

BATU PAHAT - Pasukan sukarelawan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menghasilkan rekaan 'boot cover' yang berfungsi mengurangkan risiko kaki terdedah kepada virus yang boleh dijangkiti melalui darah, cecair atau udara.

Menurut ketua projek itu, Profesor Madya Dr Kamarul-Azhar Kamarudin, petugas kesihatan perlu memakai pelbagai jenis peralatan perlindungan diri (PPE) sebagai perisai kepada mereka untuk melindungi diri daripada terkena jangkitan.

Jelas beliau, rekaan 'boot cover' yang dihasilkan oleh Pasukan Solusi Jahitan UTHM itu dibuat dengan menggunakan material plastik telah menarik perhatian pihak Hospital Sultan Ismail dan Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

Dengan hanya menggunakan material plastik, getah dan pita pelekat (masking tape), sampel kemudiannya diuji terlebih dahulu untuk memastikan tahap ketahanan dan kelicinannya.

“Kesemua 'boot cover' yang telah dihasilkan diserahkan kepada wakil sukarelawan Task Force C19 Johor pada 31 Mac lalu dan dibantu oleh pihak Pertubuhan Pemuda Gema Malaysia (Gema) Johor sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) rasmi untuk mendapat kelulusan pergerakan.

Sukarelawan UTHM menyerahkan bungkusan 'boot cover' kepada wakil Task Force C-19 Johor untuk proses mendapat kelulusan sebelum diserahkan kepada pihak hospital.
Sukarelawan UTHM menyerahkan bungkusan 'boot cover' kepada wakil Task Force C-19 Johor untuk proses mendapat kelulusan sebelum diserahkan kepada pihak hospital.

“Mereka yang mewakili pihak UTHM akan menyerahkan 'boot cover' tersebut kepada kedua-dua hospital terbabit setelah diberi kelulusan,” katanya yang juga merupakan pensyarah dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan UTHM.

Tambah beliau, PPE tersebut dihasilkan oleh material yang mudah didapati dan penghasilannya ringkas dan amat praktikal untuk digunakan.

Artikel Berkaitan:

"Sebanyak 50 pasang 'boot cover' berjaya dihasilkan dalam masa empat hari sahaja.

“Pasukan kami berharap usaha sebegini dapat memberi solusi tambahan kepada petugas kesihatan dalam meningkatkan lagi tahap perlindungan diri mereka,” ujarnya.

Kejayaan projek solusi teknikal terdahulu seperti penghasilan kotak intubasi dan pelindung muka menjadi pemangkin semangat kepada pasukan sukarelawan universiti itu untuk terus menyumbang idea dan tenaga bagi membantu memerangi penularan Covid-19.