Dekat Sepanyol rupanya, bukan Malaysia

Rakaman video berdurasi lebih dua minit yang tular bukan berlaku di Malaysia sebaliknya di Sepanyol
Rakaman video berdurasi lebih dua minit yang tular bukan berlaku di Malaysia sebaliknya di Sepanyol
A
A
A

AUTA

HARI ini tular rakaman video berdurasi lebih dua minit yang memperlihatkan pelanggan di sebuah restoran disamun sekumpulan penjenayah.

Rakaman daripada kamera litar tertutup (CCTV) itu didakwa berlaku di sebuah restoran di Malaysia.

Turut disertakan adalah beberapa gambar lelaki dikatakan penjenayah warga Malaysia yang dipercayai terlibat dalam kejadian jenayah tersebut.

FAKTA

SEMAKAN Sinar Harian mendapati kejadian jenayah itu berlaku di bandar Cartagena di Sepanyol.

Melalui keterangan di pautan El Heraldo, kejadian jenayah berlaku dalam tempoh lima hari berturut-turut di beberapa lokasi berbeza.

Penduduk di sana menuntut polis melakukan tindakan segera.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, semakan terhadap gambar dipercayai suspek pula merupakan lelaki yang dikesan Polis Diraja Malaysia pada 2013.

Kumpulan lelaki itu dipercayai terlibat dalam 37 kes samun yang menggunakan modus operandi melanggar belakang kenderaan yang berlaku di sekitar ibu negara.